INFO : Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (NEW) Februari 2014

Sila kongsi jawatan kosong ini :

spp

HEBAHAN TERKINI 1 : TEMU DUGA KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41 BAGI GRADUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (ISMP), INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA).

Urusan temu duga ke jawatan PPP Gred DG41 melibatkan 4,163 orang graduan yang tamat pengajian pada tahun 2013 dari 13 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 24 Februari 2014 sehingga 27 Mac 2014 di seluruh Malaysia. Urusan temu duga ini melibatkan 36 opsyen.

Sebagai makluman, temu duga dan pelantikan graduan adalah berdasarkan kecemerlangan dan kekosongan perjawatan mengikut keperluan opsyen. Hanya graduan yang menepati kriteria pemilihan dan mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan akan dilantik ke jawatan PPP Gred DG41.

Sehubungan itu, kerjasama graduan diminta untuk membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi urusan temu duga ini. SPP mengucapkan selamat menjalani temu duga dan semoga berjaya.

HEBAHAN TERKINI 2 : KEPUTUSAN TEMU DUGA BAGI PELANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41 BAGI GRADUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP), B.ED. TESL, B. ED. TESOL, B. ED. PENGAJIAN BAHASA PERANCIS, B. ED. PENGAJIAN BAHASA JERMAN, PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (BAHASA CINA-BEIJING) DAN KPLI-PPC.

Keputusan  temu duga bagi pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi graduan Diploma Pendidikan Lepas Ijazah - Guru Sandaran Tidak Terlatih (DPLI-GSTT) tamat pengajian Jun 2013 boleh semak DI SINI. Bagi calon yang berjaya dalam urusan tersebut, surat tawaran pelantikan akan dikemukakan terus kepada calon oleh Suruhanjaya ini manakala arahan penempatan akan dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Share this :