Jawatan Kosong Yayasan Selangor – 02 Oktober 2013

Sila kongsi jawatan kosong ini :

Jawatan kosong terkini di Yayasan Selangor. Yayasan Selangor telah melanjutkan pelawaan kepada pemohon-pemohon daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Selangor seperti berikut :

JAWATAN : Pengurus Besar
KEKOSONGAN : 1
GRED : VU6
STATUS : KONTRAK

BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB
Pemohon yang berjaya dilantik akan bertanggungjawab:

-Menguruskan operasi keseluruhan Yayasan dan memacu pelan penambahbaik yang berterusan.
-Bertanggungjawab untuk mendapatkan pertambahan pendapatan, menyediakan ramalan pendapatan dan belanjawan.
-Bertanggungjawab untuk mengenalpasti sumber pendapatan melalui pembangunan hartanah dan lain-lain bagi menjana kewangan untuk pembiayaan agenda pendidikan Yayasan Selangor.
-Merancang dan mengurus plan pembangunan pendidikan bagi pelajar-pelajar tajaan Yayasan Selangor.

KEUTAMAAN SYARAT LANTIKAN

-Warganegara Malaysia; Keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Selangor
-Calon mestilah berusia antara 45 hingga 60 tahun pada tarikh tutup iklan.
-Calon hendaklah sekurang-kurang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan/atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau Ijazah Sarjana Muda dalam kedua-dua bidang berkaitan dari Universiti Tempatan / Luar Negara atau kelayakan yang setaraf dengannya.
-Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada 10 tahun dalam bidang pendidikan, pengurusan dan pentadbiran, kewangan, pengurusan aset & pembangunan hartanah.

CARA MEMOHON

-Calon hendaklah mengemukakan permohonan dengan menggunakan resume atau profil peribadi yang lengkap beserta gambar berukuran pasport.
-Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan pihak Berkuasa -Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini. -Permohonan tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan tidak akan dilayan.
-Semua permohonan hendaklah disertakan salinan kad pengenalan, dan sijil-sijil (akademik,profesional dan sebagainya) yang berkaitan dan disahkan.
-Borang permohonan boleh di muat turun melalui link muat turun borang permohonan di bawah

PENGHANTARAN PERMOHONAN

Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat:

YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 18, MENARA YAYASAN SELANGOR
NO. 18A, PERSIARAN BARAT
46000 PETALING JAYA,SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA & LATIHAN)

Semua permohonan hendaklah sampai tidak lewat dari tarikh tutup iklan pada 02 Oktober 2013 jam 4.00 petang (Rabu). Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Calon yang tidak menerima jawapan setelah 4 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Maklumat iklan jawatan sila klik disini

Borang permohonan sila klik disini


Yayasan Selangor


Share this :