Jawatan Kosong KWSP – 30 September 2013

Sila kongsi jawatan kosong ini :

Jawatan kosong terkini di KWSP. KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :

1. PEGAWAI AKAUN

SKOP KERJA
Mengendalikan pengurusan fungsi perakaunan dan kewangan mengikut peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam standard perakaunan antarabangsa dan khusus mengikut sistem perakaunan KWSP.

KELAYAKAN

Terdiri daripada Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Memiliki Diploma dalam bidang Perakaunan / Kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

STATUS JAWATAN
Tetap

CARA MEMOHON
Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan bersama-sama dokumen seperti berikut :

Resume
Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
Salinan Sijil Kelahiran
Salinan Sijil Kerakyatan Malaysia (jika berkenaan)
Sijil-Sijil Akademik
Sijil-Sijil Lain (jika ada)
Slip Gaji Terkini
Permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 30 SEPTEMBER 2013 ke :

recruit.pka@gmail.com

Semua permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas dari KWSP 6 BULAN dari tarikh iklan ditutup.

Article sources

kwsp

Share this :